Kawalan pergerakan di Filipina dilanjut sehingga tengah Julai - Utusan Malaysia

Kawalan pergerakan di Filipina dilanjut sehingga tengah Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte melanjutkan kawalan pergerakan, termasuk operasi perniagaan di Manila serta beberapa wilayah sehingga pertengahan Julai ini.

Kadar jangkitan di negara ini dilaporkan menurun sejak April lalu, namun masih ada wilayah yang masih bergelut dengan jumlah jangkitan tinggi.

Selain itu, sebanyak 21 bandar dan wilayah di luar Manila masih dikenakan sekatan ketat untuk mengekang penularan Covid-19.

Larangan kemasukan pelancong dari beberapa negara termasuk Oman, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan kebanyakan negara Asia Tenggara turut dilanjutkan susulan kemunculan varian Delta.

Sehingga kini, Filipina sudah memberikan suntikan vaksin dos lengkap kepada 2.5 daripada 70 juta penduduknya atau 3.6 peratus.- REUTERS

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya