Kapal penumpang terbalik, karam di Bali: Enam maut - Utusan Malaysia

Kapal penumpang terbalik, karam di Bali: Enam maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANYUWANGI: Kapal penumpang KMP Yunicee terbalik dan karam di perairan sekitar Pelabuhan Gilimanuk Bali.

Terdapat 15 anak kapal dan 41 penumpang ketika kejadian itu berlaku di Selat Bali.

Ketua Balai Pengendali Pengangkutan Darat (BPTD), Rocky Surentu mengesahkan kejadian tersebut.

Dalam pada itu, dua kapal digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat penumpang Yunicee iaitu KMP Samudera Utama dan KMP SMS Swakarsa.

Setakat ini, seramai 31 penumpang sudah diselamatkan dengan lapan daripadanya dikejarkan ke hospital, malah ada seorang penumpang didakwa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Jembrana, Ketut Gede Adi Wibawa berkata, sekurang-kurangnya enam penumpang terkorban dalam insiden tersebut dan dijangka angka itu akan bertambah dari semasa ke semasa.

Katanya, ketika ini, proses mencari dan menyelamat masih berlangsung.

“Kapal KMP Yunicee cuba berlabuh di Gilimanuk, namun berdepan kesukaran akibat arus kuat sebelum terbalik dan karam.

“Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7.15 malam tadi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya