YANGON: Penunjuk perasaan Myanmar kembali turun ke jalanan hari ini untuk meneruskan bantahan rampasan kuasa oleh junta tentera di beberapa daerah ketika pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dengan kumpulan pejuang e tnik.
Sudah empat bulan pergolakan politik di negara ini berlaku, namun kuasa junta tentera gagal ‘menutup suara rakyat yang dahagakan demokrasi’, malahan terus mekar sehingga kini.
“Ini belum berakhir dan giliran masa kami akan tiba,” jelas ayat tertera pada kain rentang yang dibawa oleh penunjuk perasaan ketika berarak di Yangon.
Kumpulan penunjuk perasaan kini tidak lagi berhimpun secara besar-besaran kerana bimbang menjadi mangsa keganasan junta tentera, dan mereka memilih untuk berpecah dalam kumpulan lebih kecil.
Dalam pada itu, rakaman video yang tersebar dalam telefon bimbit menunjukkan bedilan artileri berlangsung di Loikaw dan Demoso, kaitu kira-kira 14.5 kilometer dari lokasi Pasukan Pertahanan Rakyat menyerang konvoi tentera Myanmar.
Penduduk di Loikaw memaklumkan, kira-kira 50 kali serangan dilancarkan semalam dan enam kali hari ini.
Pasukan Pertahanan Kebangsaan Karenni pula memaklumkan 80 tentera Myanmar terkorban dalam serangan di negeri Karen semalam. – REUTERS