Jumpa cicak masa makan pecal ayam - Utusan Malaysia

Jumpa cicak masa makan pecal ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang pelanggan terkejut dan terpaksa memuntahkan semula makanannya apabila nasi pecal ayam yang dibelinya mengandungi cicak yang dipenuhi sambal.

Lapor Tribunnews, cicak itu didapati sudah mati dan berada sekali dalam bungkusan sambal dengan ayam goreng.

Penemuan itu mengejutkan gadis itu semasa dia sedang menikmati ayam goreng dengan penuh selera.

Disebabkan itu, dia langsung tidak berselera dan terpaksa berhenti makan.

Dia malah kehairanan bagaimana cicak itu boleh memasuki sambal pecal ayam itu.

“Saya makan sampai habis dan ketika mahu mengeluarkan lebihan sambal, terasa seperti ada benda yang keras dan rupa-rupanya ia adalah cicak.

“Kawan saya yang turut membeli makanan itu kemudian datang semula ke warung itu. Dia meminta penjual supaya lebih berhati-hati ketika menyediakan makanan dan tidak menuntut sebarang ganti rugi,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya