SURFSIDE: Pelbagai persoalan mengenai bagaimana kondominium Champlain Tower South runtuh pada minggu lalu terus menjadi tanda tanya ketika jumlah mangsa korban ditemukan meningkat kepada 11 orang dengan lebih 150 masih hilang.
Golongan pakar pula berlumba-lumba mencari punca insiden tersebut, namun sehingga hari ini masih buntu.
Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari serta menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.
Gabenor Florida, Ron DeSantis berkata, operasi itu akan diteruskan sehingga tiada lagi ‘jalan penyelesaian’ yang boleh dilakukan.
Datuk Bandar Miami-Dande, Daniella Levine Cava memaklumkan, mayat mangsa ke-11 ditemukan di bawah runtuhan dan yakin lebih banyak mangsa akan ditemukan selepas ini.
Ketua Bomba Miami-Dande, Andy Alvarez berkata, sama seperti keluarga mangsa, mereka juga berharap dapat temukan mangsa yang terselamat.
“Kami yakin dapat selamatkan mangsa yang masih hidup dan kami akan teruskan,” ujarnya. – AFP