TOKYO: Pengawal pantai Jepun menahan seorang kru kapal warga Rusia berhubung insiden pertembungan dua kapal negara itu sehingga mengorbankan tiga nelayan tempatan.
Ia merupakan pertikaian maritim terbaharu antara dua negara tersebut.
Seorang jurucakap dari pejabat Pengawal Pantai Monbetsu di Hokkaido memaklumkan seorang kru kapal Rusia telah dibawa ke Jepun untuk disiasat.
“Kami sudah menahan pegawai ketiga kru kapal berusia 38 tahun itu atas tuduhan kematian disebabkan kecuaian profesional,” kata jurucakap tersebut.
Bulan lalu, sebuah kapal kargo Rusia bertembung dengan kapal nelayan Jepun di perairan utara Pulau Hokkaido.
Kapal kargo Rusia seberat 662 tan menuju ke Monbetsu ketika bertembung dengan kapal nelayan Jepun.
Dilaporkan, sebanyak tiga orang meninggal dunia manakala dua lagi mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa. – AFP