Isu karikatur Nabi Muhammad: Guru digantung enggan bekerja - Utusan Malaysia

Isu karikatur Nabi Muhammad: Guru digantung enggan bekerja

KUMPULAN ibu bapa melancarkan protes di luar Batley Grammar School pada Mac lalu selepas seorang guru menggunakan karikatur Nabi Muhammad ketika mengajar. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang guru yang digantung tugas berhubung isu menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW ketika kelas pengajian agama di sebuah sekolah di Britain, dilaporkan enggan kembali bekerja kerana bimbang terhadap keselamatannya.

Guru yang bekerja di Batley Grammar School digantung tugas pada Mac lalu selepas menggunakan gambar karikatur Nabi Muhammad yang pernah disiarkan dalam majalah satira Perancis, Charlie Hebdo sebagai bahan pembelajaran yang tidak sepatutnya di kelas pengajian agama.

Menurut laporan Daily Mail, guru tersebut enggan kembali bekerja meskipun dibebaskan daripada kesalahan disengajakan itu dan dimaklumkan mendapat semula pekerjaannya.

Guru itu bersama keluarganya dilaporkan masih bersembunyi dan sudah meninggalkan rumahnya yang didiami berhampiran Batley buat selama-lamanya.

Keluarga tersebut dipercayai dipindahkan ke sebuah tempat rahsia dan tiada sesiapa termasuk saudara mara terdekat dimaklumkan mengenai lokasi keberadaan mereka.

Dua lagi guru dari sekolah terbabit yang digantung tugas atas isu sama juga dilaporkan enggan kembali mengajar selepas mendapat semula pekerjaan kerana bimbang mengenai keselamatan mereka.

Perkara itu menyebabkan seluruh jabatan pengajian agama di Batley Grammar School, West Yorkshire yang melibatkan tiga guru terpaksa digantikan dengan tenaga pengajar lain.

Menurut laporan itu, guru berkenaan masih dibayar gaji penuh dan penggantungan tugas mereka telah ditarik balik.

Laporan itu mendakwa guru terbabit disokong oleh Kesatuan Pendidikan Nasional (NEU) yang sedang berhubung dengan pihak pengurusan sekolah untuk cuba menyelesaikan masalah itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya