Isteri raja dadah Mexico berdepan hukuman penjara, denda RM41 juta - Utusan Malaysia

Isteri raja dadah Mexico berdepan hukuman penjara, denda RM41 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Isteri kepada raja dadah terkenal, Joaquin Guzman ‘El Chapo’ didapati bersalah atas pelbagai pertuduhan termasuk konspirasi mengedarkan bahan terlarang itu.

BBC melaporkan, Emma Coronol Aispuro, 31, membuat pengakuan di Mahkamah Washington yang membantu Guzman menjalankan kartel dadah Sinaloa serta membantunya meloloskan diri dari penjara pada 2015.

Dia mengaku bersalah atas tiga pertuduhan bersekongkol mengedar dadah, pengubahan wang haram serta terlibat dalam urusan kewangan dengan kartel dadah Sinaloa.

Wanita itu boleh berdepan hukuman penjara seumur hidup serta denda sehingga AS$10 juta (RM41 juta).

Guzman, 63, menjalani hukuman penjara seumur hidup di Colorado atas kesalahan mengedarkan dadah serta pengubahan wang haram.

Pihak berkuasa mendedahkan kartel Sinaloa adalah pembekal dadah terbesar ke Amerika Syarikat.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya