Isteri baharu sebaya anak - Utusan Malaysia

Isteri baharu sebaya anak

AARON dan isteri serta anak-anak mereka.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UTAH: Seorang lelaki berumur 50 tahun sanggup mengahwini isteri baharunya yang hampir sebaya dengan anak sulungnya.

Lapor Mirror, isteri baharunya, Lauren Goodrich berusia 24 tahun, manakala, anak sulungnya, Madelena berumur 21 tahun.

Aaaron Campbell kali pertama bertentang mata dengan Lauren ketika dia bekerja sebagai penjaga kepada anak perempuannya yang sakit.

Pada mulanya, pasangan itu langsung tidak mempunyai perasaan suka antara satu sama lain disebabkan Aaron sudah berkahwin, manakala, Lauren sudah bertunang.

Namun, ketika anak perempuannya, Tori, 17, meninggal dunia pada 2014 disebabkan penyakit genetik neurologi, mereka banyak menghabiskan masa berdua selama enam bulan.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada lelaki itu sudah bercerai ataupun bekas isterinya sudah meninggal dunia.

Wanita itu dipanggil bekerja semula bagi menjaga anaknya yang lain berusia antara 14 hingga 21 tahun.

Sejak itu, mereka mula menjadi rapat dan cinta mula berputik walaupun jarak usia perkahwinan mereka berbeza 26 tahun.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya