Inggeris bukan bahasa pengantar EU - Utusan Malaysia

Inggeris bukan bahasa pengantar EU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kesatuan Eropah (EU) tidak akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama bermula tahun depan.

Menerusi beberapa cadangan yang dikemukakan, semua mesyuarat dan dokumen akan menggunakan bahasa Perancis ketika negara itu mengetuai blok tersebut pada Januari hingga Jun 2022.

Ini merupakan kali pertama Perancis mengambil alih tugas sebagai Pengerusi EU sejak Brexit.

Seorang diplomat kanan Perancis yang enggan mendedahkan identitinya mengesahkan perkara itu kepada portal Politico.

“Kami mengaku Inggeris merupakan bahasa pengantar yang biasa diamalkan, namun bahasa Perancis juga masih kekal digunakan di institusi EU.

“Jadi, kita harus memperkayakan dan menghidupkan semula bahasa Perancis agar ia kembali ke landasan sebenar,” katanya.

Sekiranya cadangan itu diluluskan, semua mesyuarat akan dikendalikan dalam bahasa Perancis berbanding Inggeris yang digunakan sebelum ini.

“Kami akan meminta Suruhanjaya menghantar surat rasmi yang ingin dikemukakan dalam bahasa Perancis kepada kami.

“Jika mereka gagal melakukannya, kami akan menunggu sehingga versi Perancis dikeluarkan sebelum memberi sebarang maklum balas,” kata diplomat itu.

Dilaporkan, Presiden Perancis, Emmanuel Macron melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan penggunaan bahasa Perancis di seluruh dunia termasuk menyokong projek projek Francophone di Afrika. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya