Indonesia tidak hantar jemaah tunai haji 2021 - Utusan Malaysia

Indonesia tidak hantar jemaah tunai haji 2021

YAQUT CHOLIL QUOMAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia menerusi Kementerian Agama memutuskan untuk tidak menghantar jemaah negara ini ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.

Lapor Kompas.com, perkara itu disampaikan oleh Menteri Agama, Yaqut Cholil Quomas dalam satu sidang akhbar hari ini.

Katanya, pembatalan itu melibatkan semua bakal jemaah yang menggunakan kuota haji yang disediakan oleh kerajaan.

“Namun, terdapat beberapa perkara yang belum diselesaikan termasuk bayaran pendahuluan, penyediaan dokumen perjalanan dan jadual penerbangan.

“Semua isu tersebut akan diselesaikan selepas Arab Saudi menentukan kuota haji secara rasmi untuk Indonesia,” katanya.

Sebelum ini, Riyadh tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kuota jemaah luar yang bakal menunaikan haji tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya