Indonesia laksana PPKM Darurat bermula 3 Julai - Utusan Malaysia

Indonesia laksana PPKM Darurat bermula 3 Julai

DOKTOR merawat pesakit yang dijangkiti Covid-19 di hospital Koja, Jakarta utara, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) bersetuju melaksanakan sekatan aktiviti masyarakat (PPKM) Darurat bagi mengurangkan lonjakan kes jangkitan Covid-19.

Lapor Tribunnews, keputusan tersebut dicapai selepas mesyuarat mengenai PPKM Darurat diadakan hari ini.

Kawalan pergerakan itu dijadualkan bermula selama dua minggu dari 3 hingga 20 Julai ini di Jawa dan Bali.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, terdapat beberapa perubahan dibuat berbanding PPKM tahap 11 yang dilaksanakan sejak 11 Jun lalu.

Antaranya termasuk waktu operasi pusat beli-belah dan restoran dengan sektor pekerjaan penting boleh beroperasi pada kapasiti 50 peratus di pejabat, manakala bagi sektor kritikal, dibenarkan pada kadar 100 peratus.

Selain itu, semua golongan pekerja bukan sektor penting pula perlu bekerja dari rumah secara 100 peratus, selain sesi persekolahan dilakukan secara dalam talian.

Semua rumah ibadat termasuk masjid juga ditutup selama dua minggu dan premis perniagaan dibenarkan beroperasi sehingga pukul 8 malam, selain tidak dibenarkan makan di restoran, hanya boleh dibungkus atau untuk penghantaran.

Bagi majlis perkahwinan, sebanyak 50 tetamu dibenarkan hadir dengan penerapan protokol kesihatan yang ketat, selain makanan dihidang secara bungkusan dan perlu dibawa balik.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya