IMF luluskan pinjaman RM10.38 bilion pinjaman untuk Sudan - Utusan Malaysia

IMF luluskan pinjaman RM10.38 bilion pinjaman untuk Sudan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dilaporkan meluluskan pinjaman sebanyak AS$2.5 bilion (RM10.38 bilion) untuk Sudan.

Dilaporkan, Bank Dunia pula menandatangani satu perjanjian penting pelepasan hutang hampir AS$50 bilion (RM207.6 bilion) bagi negara miskin di benua Afrika itu.

Pengumuman itu dibuat selepas IMF memuktamadkan perjanjian dengan 101 negara penyumbang bagi membenarkan Sudan menjelaskan hutang hampir AS$1.4 bilion (RM5.8 bilion) kepada pemiutang berpangkalan di Washington.

“Kami mengucapkan tahniah kepada kerajaan Sudan dan rakyatnya atas usaha gigih dan kemajuan ke arah pencapaian luar biasa ini,” kata Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva dan Presiden Bank Dunia, David Malpass dalam satu kenyataan.

Pembayaran hutang tertunggak merupakan ‘titik keputusan’ yang memberi akses kepada bantuan di bawah inisiatif Negara Miskin Dibebani Hutang (HIPC).

Sudan akan menerima AS$1.4 bilion (RM5.8 bilion) di bawah program pinjaman IMF selama tempoh 39 bulan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya