LONDON: Golongan ibu mengandung akan diberikan baucar beli belah bernilai 400 pound (RM2,300) sebagai galakan berhenti merokok di bawah program baharu yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).
National Institute for Health and Care Excellence (Nice) dan Pusat Kesihatan Awam England berkata, bukti menunjukkan penawaran insentif dalam bentuk kewangan berupaya membantu golongan wanita berhenti merokok.
Katanya, kedua-dua kaedah itu menunjukkan keberkesanan dengan kos yang efektif.
Jelasnya, kajian turut menunjukkan insentif baucar itu diterima dalam kalangan ibu mengandung dan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan serta sudah dilaksanakan di beberapa kawasan.
“Individu yang mengandung perlu melalui ujian biokimia bagi membuktikan mereka sudah berhenti merokok sebelum menerima baucar tersebut.
“Sekiranya ujian itu terlalu sukar dilaksanakan ketika pandemik Covid-19, baucar itu tetap akan diberikan,” katanya.
Pakar menjangka bagi setiap 1,000 ibu mengandung yang ditawarkan baucar, 177 daripadanya akan berhenti merokok. -AGENSI