Ibu dan anak maut ketika cuba dirogol penghantar air - Utusan Malaysia

Ibu dan anak maut ketika cuba dirogol penghantar air

SUSPEK (duduk) ditahan polis tidak lama selepas membunuh kedua-dua mangsa di Pinrang, Sulawesi Selatan, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PINRANG: Seorang wanita dan anaknya maut dibunuh seorang pemuda yang cuba merogolnya dalam satu kejadian di Pinrang, Sulawesi Selatan, baru-baru ini.

Menurut polis, jenazah dua beranak itu ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah oleh suami ketika dia pulang dari kerja.

Terkejut dengan keadaan itu, suami mangsa menghubungi jiran dan membuat laporan polis.

Jurucakap polis Pinrang, Deki Marizaldi berkata, polis temukan tiga pisau dapur dan satu gunting yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa dan anaknya.

“Korban yang dikenali sebagai Sri Irmawati, 32, mengalami luka tikaman di bahagian pinggang, punggung serta kesan cakaran pada leher.

“Anaknya pula ditikam pada bahagian leher dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah,” katanya kepada Detik News.

Jelas polis, suspek berjaya ditahan tidak lama kemudian dan mengakui dia membunuh kedua-dua mangsa.

“Suspek yang bekerja sebagai tukang penghantar air dan pergi ke rumah mangsa. Selepas tiba di sana, suspek terus menolak mangsa ke dalam bilik tidur dan cuba merogolnya, namun mangsa melawan.

“Keadaan itu menyebabkan suspek mengambil pisau di dapur dan terus menikam mangsa sebanyak dua kali. Anak mangsa yang ternampak kejadian itu terkejut, namun dia juga menjadi mangsa pembunuhan suspek,” ujar Deki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya