Ibu, anak jadi pramugari - Utusan Malaysia

Ibu, anak jadi pramugari

KIM CRAWFORD bersama anaknya, Sophie bekerja sebagai pramugari di syarikat Virgin Atlantic. - CATERS NEWS AGENCY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang ibu dan anak perempuannya yang berkongsi bidang kerjaya sama sebagai pramugari tampil menceritakan mengenai pengalaman mereka bekerja di awan biru.

Lapor Daily Mail, Kim Crawford, 60, dan anaknya, Sophie, 29, bekerja di syarikat penerbangan Virgin Atlantic selepas Crawford menceburi kerjaya itu ketika berusia 56 tahun.

Crawford dari Pelsall, West Midlands memutuskan untuk bekerja selepas menghabiskan masa selama bertahun-tahun menjaga ibu bapanya yang berusia.

Sophie yang tertarik dengan pekerjaan ibunya kemudian menghantar permohonan untuk menjadi kru kabin dan seterusnya diterima oleh syarikat penerbangan itu.

Ibu dan anak itu yang ibarat sepasang sahabat karib berasa cukup bernasib baik untuk bekerja di lapangan yang sama.

Malah, pasangan itu juga tampil menceritakan keseronokan melancong sambil bekerja ke luar negara.

“Saya amat suka pekerjaan ini. Banyak yang saya pelajari. Malah, saya dan Sophie tidak sabar untuk kembali semula bertugas.

“Ia merupakan kerjaya amat istimewa buat saya kerana memberi peluang kepada saya untuk mengembara dunia bersama anak saya,” katanya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya