LUCKNOW: Petugas Hospital KGMU didakwa meminta sebanyak 3,800 rupee (RM212) daripada keluarga mangsa untuk proses bedah siasat.
Bagaimanapun, pihak hospital menafikan ada meminta bayaran bagi tujuan tersebut.
Jurucakap hospital, Sudhir Kumar menjelaskan lelaki yang berada di dalam video itu bukan staf hospital dan dia mengambil duit itu kononnya bertujuan untuk proses membakar mayat.
Katanya, pihak hospital tidak pernah mengenakan sebarang caj bagi tujuan bedah siasat.
Video itu turut menunjukkan sekujur badan terbaring di lantai semasa lelaki itu meminta duit dan tular dalam media sosial.
Pihak keluarga membuat aduan terhadap pihak hospital disebabkan faktor kecuaian dan memeras ugut terhadap keluarga pesakit.
Aduan turut dihantar ke pihak majistret dan pesuruhjaya polis berhubung dakwaan terhadap mayat keluarga itu. -AGENSI