Helikopter bawa Presiden Colombia diserang - Utusan Malaysia

Helikopter bawa Presiden Colombia diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Sebuah helikopter yang membawa Presiden Colombia, Ivan Duque dan beberapa individu lain diserang dengan beberapa tembakan semalam.

Insiden berlaku semasa presiden melakukan penerbangan merentasi wilayah Catatumbo ke bandar Cucuta yang merupakan ibu negara Norte de Santander.

“Apa yang jelas ini adalah serangan pengecut dengan kesan berlubang akibat serangan peluru dapat dilihat di pesawat,” katanya.

Helikopter itu turut membawa Menteri Pertahanan, Diego Molano, Menteri Dalam Negeri, Daniel Palacios dan Gabenor Norte de Santander, Silvano Serrano.

Jurucakap presiden memaklumkan tiada sesiapa mengalami kecederaan semasa nahas itu. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya