Hasrat Biden tersasar - Utusan Malaysia

Hasrat Biden tersasar

GOLONGAN remaja memasuki bas bergerak yang menyediakan kemudahan suntikan vaksin di New York. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sasaran Amerika Syarikat (AS) untuk memastikan 70 peratus penduduknya sudah menerima suntikan vaksin pada 4 Julai depan dilihat seperti mustahil untuk dicapai.

Negara itu menyaksikan kurangnya permintaan mendapatkan suntikan itu, terutamanya di bahagian selatan dan tengah negara seperti Ohio, Michigan dan Kansas.

Sekiranya sasaran itu tidak tercapai, sudah tentu akan memberi kesan terhadap proses pemulihan dari pandemik Covid-19 di AS secara keseluruhan.

Kira-kira 15.5 juta golongan dewasa yang belum divaksinkan perlu menerima sekurang-kurangnya satu dos dalam tempoh empat minggu ke hadapan agar Joe Biden dapat mencapai matlamatnya.

Namun, kadar vaksinasi di AS menurun kepada 400,000 orang setiap hari berbanding jumlah tertinggi pernah dicatatkan hampir dua juta sehari, dua bulan lalu.

MASIH OPTIMIS

Pakar Penyakit Berjangkit terkemuka negara, Dr. Anthony Fauci menerusi sesi taklimat berkata, dia masih menaruh harapan agar matlamat itu tercapai.

Katanya, setakat ini sebanyak 14 negeri sudah mencapai 70 peratus golongan dewasa menerima vaksin dengan hanya berbaki puluhan orang untuk mencapai sasaran menjelang 4 Julai depan.

Fauci berkata, pihak kerajaan memohon setiap negeri yang mencatatkan program vaksinasi yang masih rendah supaya meningkatkan usaha mereka bagi beberapa bulan mendatang.

Penyelaras Covid-19 White House, Jee Zients meminta kerjasama semua gabenor untuk bergabung dengan pentadbiran negara melengkapkan proses vaksinasi bulan ini.

“Kami memerlukan kepemimpinan anda di lapangan lebih dari sebelum ini,” katanya.

SEMANGAT VAKSIN LUNTUR

Di Mississippi, hanya 34 peratus penduduk negeri itu yang sudah menerima suntikan vaksin.

Kadar vaksinasi negeri itu menurun sangat drastik sehingga memerlukan masa lebih dari setahun bagi mencapai sasaran 70 peratus.

Gabenor negeri itu, Tate Reeves berkata, dia memberi galakan kepada penduduk di kawasan itu menerima suntikan vaksin disebabkan berlaku penurunan kes.

Crane, 20, berkata, rakan sekelasnya sebelum ini sangat teruja untuk menerima vaksin kerana ketika itu, menjadi trend bagi sesiapa yang sudah divaksin memuat naik gambar mereka memegang kad vaksin dalam media sosial.

Namun, situasi berbeza dapat dilihat sekarang apabila vaksin sudah tersedia sejak beberapa bulan, tetapi hanya segelintir orang muda bercakap mengenainya.

VAKSIN CEGAH VARIAN

Fauci menekankan vaksinasi sangat penting untuk membasmi varian yang berbahaya termasuk varian Delta yang pertama kali dikenal pasti di India yang sudah menjadi strain dominan di United Kingdom dan berkembang di AS.

Vaksin terbukti kurang berkesan terhadap varian tersebut apabila individu tidak divaksinkan sepenuhnya serta menunjukkan lebih mudah berjangkit dan ancaman risiko kematian.

Dalam meningkatkan kadar vaksinasi negara, White House berusaha memberikan dorongan insentif seperti pemberian imbuhan sehingga peluang memenangi satu juta dolar AS. -AP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya