Harga kopi di Korea Utara boleh cecah RM414 sebungkus - Utusan Malaysia

Harga kopi di Korea Utara boleh cecah RM414 sebungkus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Harga makanan di Korea Utara dilaporkan meningkat secara mendadak, terutamnya bagi produk makanan ruji yang diimport.

Antara barang makanan yang harga meningkat secara drastik termasuk gula, minyak kacag soya dan tepung.

Penduduk tempatan mendedahkan barang makanan bukan ruji seperti sepaket kecil teh hitam boleh dijual sehingga AS$70 (RM290) dan serbuk kopi AS$100 (RM414) sebungkus.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengakui negaranya berdepan dengen kekurangan bekalan makanan, namun beliau tidak mendedahan tahap kekurangan tersebut.

Organisasi Pertanian dan Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) menganggarkan negara itu berdepangan kekurangan bekalan makanan sebanyak 860,000 tan atau bersamaan bekalan untuk tempoh dua bulan.

Jong-un dalam mesyuarat jawatankuasa pusat Parti Pekerja yang bermula pada minggu ini di Pyongyang menyatakan situai bekalan makanan di negaranya semakin tegang.

Katanya, sektor pertanian gagal memenuhi sasaran hasil pengeluaran bijiran negara itu akibat dilanda taufan tahun lalu sehingga menyebabkan banjir.

Jelas Jong-un, pengeluaran industri negara juga meningkat 25 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya