Hanoi benarkan kedai gunting rambut, restoran beroperasi semula - Utusan Malaysia

Hanoi benarkan kedai gunting rambut, restoran beroperasi semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Kedai gunting rambut dan restoran di bandar ini sudah boleh menerima pelanggan bermula hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Naib Pengerusi Hanoi, Chu Xuan Dung yang menggesa pengusaha premis mematuhi langkah pencegahan Covid-19.

Katanya, setiap restoran perlu memastikan penjarakan fizikal antara pelanggan dan mempunyai garis pemisah antara kerusi.

Beliau malah menjelaskan, kapasiti restoran tidak boleh melebihi 50 peratus dan hanya 20 pelanggan dalam satu-satu masa.

“Restoran juga perlu ditutup sebelum pukul 9 malam setiap hari. Bar dan pub hanya dibenarkan menjual makanan secara berbungkus,” katanya.

Ibu negara Vietnam menutup operasi perniagaan tidak penting seperti kafe, pawagam, gimnasium dan karaoke sejak 29 April lalu.

Vietnam merekodkan jumlah kes keseluruhan Covid-19 sebanyak 13,530 kes dengan 69 kematian. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya