Hamas sedia hadapi serangan Israel malam ini - Utusan Malaysia

Hamas sedia hadapi serangan Israel malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Berbaki enam jam lagi, pejuang Hamas sudah bersedia menghadapi serangan Zionis Israel jika keadaan semakin genting akibat kedegilan Israel meneruskan ‘Perarakan Bendera’ di pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Kedegilan itu sebenarnya membangkitkan semangat juang rakyat Palestin dan penduduk Islam di seluruh dunia untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa.

Israel dilaporkan masih nekad meneruskan perarakan itu dan menugaskan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) untuk melindungi penduduk di penempatan haram.

Ia susulan mesyuarat Ketua Polis Israel dengan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Omer Barlev yang meluluskan perarakan itu dan meletakkan anggota polis dalam keadaan siap siaga.

Penduduk Israel dijangka berarak dari Pintu Damascus ke bandar lama timur Baitulmuqaddis malam ini (waktu Malaysia).

Kerajaan Israel yang baharu dibentuk meluluskan perarakan penuh kontroversi oleh kumpulan berhaluan kanan dan kumpulan penduduk penempatan haram selepas Benjamin Netanyahu menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Naftali Bennett.

Perarakan itu dirancang sewaktu keadaan semakin tegang apabila Israel mengusir penduduk Palestin secara paksa di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah.

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh berkata, perarakan itu adalah bentuk provokasi terhadap penduduk negara ini dan pencerobohan di Baitulmuqaddis dan kawasan suci di sekitarnya. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya