JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda sebuah kawasan terpencil di Kepulauan Maluku di Indonesia, hari ini.
Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu berlaku kira-kira 1.43 petang (waktu tempatan) di Laut Banda kira-kira 70 kilometer (km) tenggara Amahai di kepulauan Seram.
Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan akibat gempa bumi itu. – AFP