ONTARION: Gelombang haba dilaporkan melanda sebahagian besar Barat Laut Pasifik Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.
Keadaan itu menyebabkan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS (NWS) mengeluarkan amaran mengenai gelombang haba di seluruh Washington dan negeri Oregon, selain beberapa bahagian di California dan Idaho turut terjejas.
Beberapa bandar utama juga membuka pusat ‘penyejukan’ yang membolehkan penduduk mendapatkan perlindungan di dalam bangunan berhawa dingin.
NWS meramalkan suhu tinggi akan melanda dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Dalam pada itu, di sebalik cuaca panas dan amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa, orang ramai masih menikmati keadaan itu dengan mengunjungi tasik serta kolam renang untuk menyejukkan diri.
Suhu setinggi 40 hingga 46.6 darjah Celsius direkodkan di washington dan Oregon.
Sementara itu, keadaan cuaca panas melampau menyebabkan pusat pemberian vaksin di beberapa tempat terpaksa ditutup, selain alat pendingin hawa mudah alih serta kipas habis dijual di kebanyakan premis perniagaan. – AFP/AGENSI