Gaun pengantin Puteri Diana dipamerkan di Istana Kensington - Utusan Malaysia

Gaun pengantin Puteri Diana dipamerkan di Istana Kensington

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Busana pengantin yang dipakai oleh mendiang Puteri Diana semasa majlis perkahwinannya pada 40 tahun lalu akan dipamerkan di Istana Kensington.

Lapor BBC, gaun pengantin rekaan David dan Elizabeth Emanuel itu mula dipamerkan hari ini sehingga awal januari 2022.

Penganjur pameran, Royal Style in the Making menyatakan, gaun pengantin Diana merupakan busana pengantin paling terkenal dalam sejarah perkahwinan di Britain.

Gaun tersebut turut dihasilkan menggunakan kain renda milik Ratu Mary iaitu nenek kepada Ratu Elizabeth II.

Diana mengenakan busana itu dalam majlis perkahwinannya dengan Putera Charles pada Julai 1981.

Selain itu, pameran tersebut juga akan menampilakn beberapa busana yang pernah digayakan oleh Rau Elizabeth dan adiknya, Puteri Margaret.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya