Gambar detik akhir tikus sebelum ditelan ular sawa jadi tular - Utusan Malaysia

Gambar detik akhir tikus sebelum ditelan ular sawa jadi tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sekeping gambar menunjukkan seekor tikus menjadi makanan ular sawa yang dipelihara seorang lelaki menjadi tular dalam media sosial.

Gambar itu dirakam oleh Dzul Dzulfikri ketika dia memberi ular sawa peliharaannya makan tikus hidup.

Selepas meletakkan tikus di dalam sangkar ularnya, Dzul terus mencapai kamera untuk merakam gambar situasi tersebut.

“Tidak sampai lima minit saya letakkan tikus di dalam sangkar, ular sawa saya terus menangkap tikus berkenaan.

“Walaupun saya berjaya merakam gambar itu, namun terdetik dalam hati perasaan sedih apabila melihat reaksi tikus itu sebelum ditelan ular,” katanya seperti yang dilapor Daily Mail.

Dzul memberitahu, ular sawa boleh dilatih makan ikus yang dibekukan, namun lumrah semula jadi ular lebih gemar makan habuan hidup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya