SHANGHAI: Sebuah galeri seni di bandar ini membuat permohonan maaf kerana mempromosikan pameran yang meletakkan carta gambar wanita daripada paling buruk sehingga paling cantik.
Video seni bertajuk ‘Lebih Buruk dan Lebih Buruk’ yang dihasilkan oleh Song Ta menampilkan 5,000 gambar dan video wanita mengenai kehidupan sebenar di universiti.
Artis itu kemudian mengklasifikan individu tersebut berdasarkan daya tarikan yang dilihat.
Selepas menerima kecaman hebat dalam media sosial, Galeri Seni Shanghai OCAT menarik balik pameran itu.
“Selepas menerima kritikan, kami menilai semula kandungan seni itu dan penjelasan artis tersebut. Kami mendapati karya itu tidak menghormati wanita dan terdapat isu pelanggaran hak cipta semasa penggambaran dijalankan.
“Sebagai muzium yang menyokong kepelbagaian, kami mengambil langkah ini sebagai satu amaran untuk meningkatkan perkhidmatan dan melayan semua orang dengan adil,” kata muzium itu.