Gadis maut akibat makan terlalu banyak gula-gula getah - Utusan Malaysia

Gadis maut akibat makan terlalu banyak gula-gula getah

SAMANTHA Jenkins dan anaknya 10 tahun lalu. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WALES: Seorang ibu tidak menolak kemungkinan punca kematian anaknya 10 tahun lalu disebabkan makan gula-gula getah terlalu banyak. 

Lapor Mirror, Samantha Jenkins dari Llanelli yang mengimbas kembali peristiwa tersebut berkata, anaknya yang berusia 19 tahun ketika itu jatuh sakit pada 3 Jun 2011 iaitu tiga hari sebelum kematiannya. 

“Anak saya mengadu sakit dan saya ingatkan dia mengalami dehidrasi (kekurangan air) akibat cahaya matahari. 

“Anak saya malah tidak mampu memegang botol air dan kerap jatuh ke lantai. Saya menyuruhnya berbaring di katil dan minum banyak air,” katanya. 

Namun, ketika anaknya berada di tingkat atas, dia tiba-tiba jatuh pengsan sebelum dibawa oleh ambulans ke hospital.  

“Bagaimanapun, keadaan dirinya masih lemah dan dipindahkan ke wad neurologi dan unit rawatan rapi (ICU). Doktor memaklumkan berdasarkan imbasan di otaknya mendapati keadaannya semakin teruk dan anaknya mati selepas itu,” ujarnya. 

Semasa pihak polis menyiasat, dia dimaklumkan terdapat banyak plastik gula-gula getah itu di dalam bilik anaknya. 

Dia mempercayai punca kematian berkemungkinan disebabkan mengambil makanan ringan terlalu banyak kerana anaknya kerap membeli sekurang-kurangnya sepeket setiap hari. 

Gula-gula getah mengandungi bahan tiruan yang sangat berbahaya seperti aspartam (pemanis buatan) dan sorbitol (pemanis alkohol). 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya