Farmasi Singapura mula jual kit ujian RTK 16 Jun ini - Utusan Malaysia

Farmasi Singapura mula jual kit ujian RTK 16 Jun ini

Pekerja akan terbeban jika majikan mewajibkan pesakit positif Covid-19 mendapat pengesahan klinik kesihatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kit ujian Covid-19 Rapid Test (RTK) akan mula dijual di farmasi terpilih untuk dijual kepada orang awam pada 16 Jun ini.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) memaklumkan, kit ujian tersebut sudah menerima kelulusan daripada Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) untuk dijual kepada umum.

Antara jenama RTK yang dijual termasuk Abbott PanBio COVID-19 Antigen Self-test, QuickVue At-Home OTC COVID-19 Test, SD Biosensor SARS-CoV-2 Antigen Self-Test Nasal, dan SD Biosensor Standard Q COVID-19 Ag Home Test.

Kesemua kit ujian tersebut boleh memberi hasil kurang daripada 20 minit.

“Kit ujian tersebut sangat mudah digunakan dan mula dijual rangkaian farmasi terpilih pada 16 Jun ini,” kata Menteri MOH, Ong Ye Kung.

Dalam pada itu, Singapura dijangka melonggarkan beberapa sekatan Covid-19 bermula 14 Jun ini susulan penurunan kes jangkitan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya