WASHINGTON: Facebook Inc menggantung akaun bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk tempoh dua tahun selepas didapati melanggar peraturan platform berkenaan.
Lapor BBC, akaun Instagram Trump juga digantung selama tempoh berkenaan.
Dua akaun milik bekas presiden AS itu disekat pada Januari lalu selepas memuat naik beberapa status berhubung insiden rusuhan berlaku di Capitol AS.
Bulan lalu, Badan Pemantau Facebook mengecam tindakan tersebut.
Facebook menyifatkan tindakan Trump sebagai pelanggaran peraturan yang amat serius.
Naib Presiden Hal Ehwal Global Facebook, Nick Clegg berkata, penggantungan akaun Trump berkuatkuasa daripada tarikh 7 Januari lalu.
“Kami percaya tindakannya merupakan pelanggaran serius terhadap peraturan yang perlu dikenakan penalti maksimum,” katanya. – AGENSI