BAITULMUQADDIS: Kuasa pentadbiran Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu selama 12 tahun bakal berakhir apabila ahli Parlimen dijangka mengundi untuk membentuk kerajaan baharu hari ini.
Netanyahu , 71, gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya Israel berlangsung pada 23 Mac lalu.
Kabinet baharu akan mengambil alih kerajaan Israel selepas semua ahli Knesset mengundi menyokong pembentukan kerajaan baharu.
Kerajaan baharu itu dijangka dipimpin oleh Yair Lipid dan Naftali Bennet.
Bennet akan memegang jawatan perdana menteri selama dua tahun sebelum digantikan oleh Lapid.
Dalam pada itu, penyokong anti Netanyahu mula meraikan pengakhiran era pimpinannya sejak semalam.
Mereka berhimpun dan berarak sambil melaungkan Selamat tinggal Bibi (nama panggilan Netanyahu) sambil memukul dram dan menari. – REUTERS