SOUTH WALES: Seorang pelanggan bertindak mengacukan pistol kepada pemilik kedai kebab selepas dia enggan memakai pelitup muka.
Paul Griffiths, 57, diarah untuk menunggu di luar kedai oleh staf di kedai itu selepas dia dilihat membeli makanan di restoran yang terletak di Pentre, Rhondda, South Wales.
Lelaki itu bagaimanapun, mengendahkan arahan tersebut dan enggan meninggalkan restoran sebaliknya mengeluarkan pistol dari poketnya.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian berlaku pada pukul 10.15 malam.
Dalam masa sama, pemandu penghantaran yang berada di dalam kedai itu bergegas melarikan diri ke pintu belakang dan menghubungi talian kecemasan 999.
Lelaki itu dihukum penjara bulan lalu selepas didapati bersalah atas beberapa pertuduhan termasuk memiliki senjata api tiruan. -AGENSI