KAHERAH: Enam remaja perempuan terbunuh dan 19 cedera dalam insiden kebakaran di sebuah pusat tahanan juvana di sini.
Menurut pihak berkuasa Mesir, kebakaran itu berlaku semalam di daerah al-Marg.
Susulan kejadian itu, ketua pusat tahanan terbabit ditahan bagi membantu siasatan.
Pusat tahanan tersebut menempatkan kira-kira 200 remaja perempuan berusia antara 14 hingga 17 tahun.
Punca kejadian masih belum diketahui dan kesemua mayat mangsa sudah diserahkan kepada keluarga masing-masing. – AFP