KABUL: Sekurang-kurangnya enam orang awam maut manakala tujuh lagi cedera dalam serangan bom yang menyasarkan sebuah bas di Kabul, Afghanistan.
Lapor Xinhua, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan insiden tersebut merupakan siri serangan bom terbaharu yang berlaku di bandar tersebut.
“Maklumat awal menunjukkan enam orang awam terbunuh dan tujuh lgi cedera. Bilangan ini mungkin berubah,” kata seorang pegawai dari kementerian, Hamid Roshan.
Katanya, kejadian itu berlaku berhampiran perhentian bas di kawasan Masjed-e-Halebid di Daerah Polis 3 kira-kira pukul 7.15 malam (waktu tempatan).
Jelas beliau, siasatan awal mendapati letupan bom itu mungkin dilakukan menggunakan alat kawalan jauh.
Beberapa penduduk tempatan memberitahu media bahawa letupan itu disusuli dengan satu lagi letupan yang berlaku di kawasan sama.
Setakat ini, tiada pihak mahupun individu yang mengaku melakukan serangan tersebut.