YANGON: Empat penunjuk perasaan dan dua anggota keselamatan Myanmar maut dalam pertempuran di bandar Mandalay hari ini.
Pertempuran berlaku selepas pasukan keselamatan Myanmar menyerbu sebuah kediaman yang dipercayai dihuni kumpulan militia anti kerajaan di pekan Chan Mya Tharsi.
Ketika serbuan dilakukan, berlaku letupan dan tembakan, menyebabkan dua anggota keselamatan maut dan 10 lagi cedera.
Sebagai tindakan balas, pasukan keselamatan membalas tembakan menyebabkan empat penunjuk perasaan yang merupakan anggota militia tersebut terbunuh.
Beberapa penduduk setempat turut memaklumkan mereka terdengar bunyi letupan dan tembakan di lokasi kejadian.
Pergolakan politik di Myanmar terus meruncing sejak junta tentera melakukan rampasan kuasa pada 1 Februari lalu. – AFP