Enam juta pekerja pejabat di UK mungkin diberi hak bekerja dari rumah - Utusan Malaysia

Enam juta pekerja pejabat di UK mungkin diberi hak bekerja dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jutaan pekerja pejabat di United Kingdom (UK) berkemungkinan diberi hak sewajarnya untuk bekerja dari rumah di bawah pelan pasca pandemik Covid-19.

Usul tersebut dilihat bakal mengubah undang-undang sehingga majikan ‘tidak lagi mempunyai kuasa’ untuk mendesak pekerja datang ke pejabat, melainkan mereka dapat buktikan keperluan tersebut adalah penting.

Sehubungan itu, kerajaan Britain akan mengadakan perbincangan mengenai hak tersebut yang merupakan sebahagian daripada usaha bagi mempromosi cara kerja fleksibel.

Langkah itu juag dilihat bakal mendapat tentangan daripada pelbagai pihak yang khuatir produktiviti dan perniagaan akan terjejas, selain menghalang ‘suasana normal tempat kerja’.

Laporan dari bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang juga menganggota Parti Buruh memberi amaran bahawa hampir enam juta pekerja pejabat berisiko dipindahkan ke luar negara sekiranya revolusi kerja dari rumah diteruskan.

Menteri Pejabat Kabinet, Michael Gove pada minggu ini mencadangkan model hibrid yang menyaksikan kerja dari rumah berkemungkinan besar menjadi norma yang perlu diterima.

Semalam, satu sumber dari Pejabat Kabinet mendedahkan barisan menteri dimaklumkan mereka tidak seharusnya menggalakkan pekerja kembali ke pejabat biarpun sekatan Covid-19 dilonggarkan pada 19 Julai ini. – AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya