Ebrahim Raisi presiden baharu Iran - Utusan Malaysia

Ebrahim Raisi presiden baharu Iran

EBRAHIM RAISI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Ulama ultra konservatif, Ebrahim Raisi disahkan memenangi pilihan raya presiden Iran selepas menewaskan tiga calon yang lain.

Ebrahim Raisi berjaya memperoleh sebanyak 62 peratus undi selepas hampir 90 peratus undian dikira dalam pilihan raya semalam.

Pegawai pilihan raya mengesahkan perkara itu tanpa mendedahkan jumlah keseluruhan undian.

Dilaporkan, tiga calon lain iaitu dua calon konservatif, Mohsen Rezai dan Amirhossein Qazizadeh Hashemi serta reformis Abdolnasser Hemmati mengakui kekalahan mereka.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat yang membuat pilihan,” kata penyandang jawatan presiden, Hassan Rouhani.

Hassan Rouhani yang telah berkhidmat selama empat tahun atau dua penggal secara berturut-turut, akan berundur pada Ogos ini.

Ebrahim Raisi, 60, akan mengambil alih pada waktu kritikal ketika Iran cuba merundingkan semula perjanjian nuklear dengan negara-negara kuasa besar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya