Duta UAE harap Israel jadi kuasa terbesar di Asia Barat - Utusan Malaysia

Duta UAE harap Israel jadi kuasa terbesar di Asia Barat

DUTA Emiriah Arab Bersatu (UAE), Muhammad Al-Khaja melawat pemimpin kumpulan paling rasis di Israel. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Satu rakaman video tersebar memaparkan Duta Emiriah Arab Bersatu (UAE), Muhammad Al-Khaja melawat pemimpin kumpulan paling rasis di Israel.

Menerusi video itu, Muhammad menyatakan harapannya untuk melihat Israel menjadi kuasa terbesar di Asia Barat.

Rakaman yang disiarkan oleh saluran Kan Israel menunjukkan Muhammad berbual dengan kumpulan pengganas, Shas dan mendakwa dia melihat pembinaan masjid di Tel Aviv.

“Apabila saya sampai sini, saya terkejut melihat penduduk di sini, mereka sangat baik. Saya tidak sangka melihat masjid berada di Tel Aviv,” katanya.

Platform pemeriksaan fakta, Tayaqqun mengklasifikasikan kenyataan Muhammad sebagai ‘mengelirukan’ kerana tiada masjid yang dibina di Tel Aviv kecuali duta besar itu merujuk kepada Masjid Hasan Bek di kota Al-Manshiyyeh yang dipindahkan ke Jaffa.

Masjid itu merupakan sebahagian daripada kota yang mempunyai penduduk dan merupakan antara beberapa bangunan yang terselamat semasa peristiwa Nakbah, 1948.

Pihak berkuasa Israel memerintahkan supaya masjid itu dirobohkan 40 tahun lalu, namun tentangan daripada penduduk Palestin berjaya mengekalkan masjid itu sehingga hari ini.

Mohamed menjadi duta pertama UAE ke Israel sejak 14 Februari lalu. -AGENSI

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya