Duta Belgium ke Korea Selatan hilang jawatan - Utusan Malaysia

Duta Belgium ke Korea Selatan hilang jawatan

XIANG XUEQIU menolak dan menampar seorang pembantu kedai dalam kejadian yang berlaku pada April lalu. - BBC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Belgium akan melucutkan jawatan Duta Besar ke Korea Selatan, Peter Lescouhier selepas isterinya bertindak menyerang seorang wanita tempatan negara itu.

Lapor BBC, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan isteri Lescouhier iaitu Xiang Xueqiu menampar seorang pembantu kedai pakaian pada April lalu.

Dilaporkan, pekerja itu hanya mahu memeriksa pakaian yang diambil Xueqiu dengan mengesyaki wanita itu meninggalkan kedai tersebut tanpa membayarnya.

Kementerian Luar Belgium memaklumkan, Xiang Xueqiu kemudian sudah bertemu dengan pekerja itu untuk meminta maaf atas `tingkah laku yang tidak dapat diterima’.

Bagaimanapun, Menteri Luar, Sophie Wilmes memutuskan untuk menamatkan jawatan Lescouhier pada musim panas ini selepas tiga tahun berkhidmat sebagai Duta Besar ke Korea Selatan.

“Walaupun Lescouhier telah berkhidmat untuk negaranya dengan penuh dedikasi, situasi semasa tidak membenarkan beliau melaksanakan tugasannya dengan lebih tenang,” jelas kedutaan itu menerusi Facebook.

April lalu, Lescouhier turut meminta maaf atas perbuatan isterinya.

Menurut kedutaan, Xiang Xueqiu pada awalnya menggunakan kekebalan diplomatik untuk mengelakkan sebarang tuduhan terhadapnya selepas serangan itu.

“Namun, kerajaan Belgium menarik balik kekebalan diplomatik tersebut bagi membolehkan wanita itu disiasat oleh polis Korea Selatan,” jelas kedutaan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya