OTTAWA: Polis Kanada menyifatkan kebakaran dua gereja katolik di kawasan komuniti Orang Asli di British Columbia sebagai kejadian yang mencurigakan.
Lapor BBC, Gereja Sacred Heart dan Gereja St. Gregory terbakar pada waktu yang hampir sama ketika Kanada meraikan Hari Orang Asli Nasional, semalam.
Kedua-dua gereja itu dibina lebih 100 tahun lalu yang terletak kira-kira 40 kilometer di kawasan barat.
Polis di Penticton berkata, pihaknya mengesan kejadian kebakaran di gereja Sacred Heart pada pukul 1 tengah hari.
Pada pukul 3.10 petang, polis di Oliver pula menerima laporan gereja St.Gregory terbakar.
Ketua Jabatan Bomba Oliver, Bob Graham berkata, pihaknya mendapati punca kebakaran berdasarkan penggunaan cecair mudah terbakar di bangunan itu.
Bulan lalu, sebanyak 215 mayat kanak-kanak Orang Asli ditemukan di dua gereja di kawasan rizab Penticton Indian Band dan Osoyoos Indian Band.
Gereja itu merupakan bekas tapak sekolah berasrama penuh, Kamloops Indian Residential School di British Columbia yang ditutup pada 1978.