Cubaan seludup methamphetamine RM50.4 juta ke Korea Selatan - Utusan Malaysia

Cubaan seludup methamphetamine RM50.4 juta ke Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Seorang rakyat Thailand ditahan pihak berkuasa Korea Selatan selepas didakwa cuba menyeludup kira-kira 134,000 pil dadah jenis methamphetamine ke negara ini.

Lapor Yonhap News yang dipetik Nation Thailand, suspek berusia 32 tahun itu dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan selepas ditahan cuba menyeludup dadah ke negara ini menggunakan kapal terbang pada awal bulan ini.

Dadah seberat empat kilogram itu dianggarkan bernilai 380.6 juta baht (RM50.4 juta).

Suspek didakwa menerima dadah tersebut yang disembunyikan dalam beg mengandungi suplemen kesihatan menerusi pengangkutan udara pada 6 Mei lalu.

Menurut pendakwa raya, suspek bersetuju membawa dadah itu selepas ditawarkan ganjaran berjumlah 200,000 baht (RM26,483).

Jumlah purata methamphetamine yang cuba diseludup ke negara ini sepanjang tempoh 16 tahun lalu iaitu dari 1004 hingga 2019 adalah sebanyak 33 kilogram setiap tahun.

Dadah yang dirampas pada suspek itu dianggarkan kira-kira 12 peratus daripada jumlah purata tahunan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya