Covid-19: Uganda ketatkan sekatan berikutan kes jangkitan meningkat - Utusan Malaysia

Covid-19: Uganda ketatkan sekatan berikutan kes jangkitan meningkat

PRESIDEN Uganda, Yoweri Museveni
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPALA: Presiden Uganda, Yoweri Museveni mengenakan sekatan Covid-19 lebih ketat bagi menangani peningkatan kes jangkitan wabak yang semakin membimbangkan di negara itu.

Sekatan itu termasuk arahan penutupan sekolah di Uganda bermula hari ini selama enam minggu dan melarang penganjuran majlis sosial secara besar-besaran.

Perjalanan rentas antara daerah tidak dibenarkan di negara tersebut,

Perintah berkurung berkuatkuasa bermula 9 malam sehingga 4 pagi sehingga pertengahan Julai depan.

Kebanyakan premis perniagaan dan pasar masih beroperasi dengan syarat mematuhi protokol kesihatan kerajaan.

Sebelum ini, Uganda melonggarkan sekatan selepas kes jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan.

Bagaimanapun, jangkitan Covid-19 meningkat sejak beberapa minggu lalu dengan lonjakan dalam kes serius.

“Kami bimbang jika kes jangkitan terus meningkat, ia akan melumpuhkan sistem kesihatan negara ini,” kata Museveni.

Setakat ini, Uganda melaporkan kira-kira 52,935 kes jangkitan Covid-19. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya