Covid-19: Taiwan lapor 88 kes penularan tempatan - Utusan Malaysia

Covid-19: Taiwan lapor 88 kes penularan tempatan

WARGA emas menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin di Hospital Tzu Chu di Taipei. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Taiwan melaporkan sebanyak 88 kes positif baharu Covid-19 hari ini, dengan kesemuannya membabitkan penularan tempatan.

Jumlah itu meningkat berbanding 78 kes baharu Covid-19 yang direkodkan sehari sebelumnya.

Semalam, Taiwan melaporkan kes pertama jangkitan Covid-19 melibatkan varian Delta yang dikesan di bahagian selatan negara itu sehingga sekatan diperketatkan di kawasan tersebut.

Kerajaan ketika ini sedang melaksanakan ujian saringan secara besar-besaran dan mengkuarantin semua kontak rapat yang disyaki di kawasan itu.

Kerajaan juga mengarahkan semua pasar raya, restoran dan pasar ditutup selama tiga hari.

Taiwan berusaha menangani kluster jangkitan tempatan yang mana hampir kesemua kes dilaporkan di negara itu berpunca daripada varian Alpha.

Kerajaan memperketatkan kawalan sempadan bagi mengekang penularan varian itu dengan menempatkan para pengunjung dari lima negara termasuk Britain di kemudahan kuarantin.

Taiwan merekodkan sebanyak 14,633 kes jangkitan Covid-19 dengan 623 kematian sejak pandemik bermula. – REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya