MOSCOW: Rusia mencatatkan kes kematian harian tertinggi akibat wabak Covid-19 sejak Februari lalu.
Lapor Al Jazeera, perkembangan itu berikutan kes Covid-19 meningkat secara mendadak disebabkan varian Delta yang dikesan di negara itu.
Sebanyak 546 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya 130,347.
Menurut pasukan petugas pencegahan Covid-19 negara itu, jumlah kematian dilaporkan semalam merupakan kadar tertinggi yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam sejak 11 Februari lalu.
Semalam, Rusia melaporkan sebanyak 16,715 kes baharu Covid-19. – AGENSI