LONDON: Kerajaan Britain mempertimbangkan untuk melanjutkan perintah kawalan pergerakan Covid-19 selama empat minggu lagi.
Mengikut jadual asal, tarikh akhir pelaksanaan perintah sekatan itu adalah pada 21 Jun depan.
Perintah itu disebabkan kebimbangan mengenai peningkatan kes Covid-19 dan jangkitan yang semakin tinggi disebabkan penemuan varian Delta.
Bagaimanapun, sumber memberitahu belum ada keputusan muktamad mengenai penangguhan tarikh itu.
Penarikan balik sekatan pergerakan akan membenarkan kelab malam, majlis perkahwinan serta acara lain diadakan semula.