Covid-19: Kes kematian di Brazil cecah 500,000 - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes kematian di Brazil cecah 500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Bilangan kes kematian akibat pandemik Covid-19 di Brazil sudah mencecah 500,000 orang sekali gus mencatatkan negara kedua tertinggi di dunia dalam rekod itu.

Pakar malah menjangka wabak akan menular lebih teruk disebabkan program vaksinasi yang lambat serta musim sejuk yang bakal tiba.

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro pula enggan melaksanakan semula perintah sekatan seperti penjarakan fizikal ketika wabak semakin merebak pantas.

“Presiden dikritik hebat kerana tidak melaksanakan langkah tindak balas dan sikap keraguan terhadap vaksin, perintah berkurung dan pemakaian pelitup muka yang akan dilonggarkan,” kata pengkritik.

Sementara itu, Institut Kesihatan Fiocruz berkata, situasi sekarang berada dalam keadaan kritikal kerana hanya 15 peratus golongan dewasa yang sudah menerima vaksin sepenuhnya.

Brazil dilanda varian yang lebih muda berjangkit termasuk yang dikenal pasti dari Amazon iaitu Gamma dengan purata 70,000 kes harian disahkan minggu lalu.

Bilangan katil di unit rawatan rapi sudah melebihi 80 peratus di kebanyakan negeri dan pakar meramalkan permulaan musim sejuk di selatan hemisfera mingu depan akan menyebabkan lebih banyak jangkitan berlaku.

“Brazil berdepan senario kritikal jangkitan dalam komuniti dengan keadaan lebih teruk dijangka semasa musim sejuk melanda,” katanya. -BBC

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya