Covid-19: Kes jangkitan di Thailand menurun dalam 24 jam - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes jangkitan di Thailand menurun dalam 24 jam

SEORANG wanita menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat vaksinasi di Bangkok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand merekodkan sebanyak 2,230 kes jangkitan baharu dan 38 kes kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Menurut Kementerian Kesihatan Thailand, jumlah itu jauh lebih rendah berbanding 5,485 kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam.

Jelas kementerian tersebut, penurunan itu disebabkan oleh pengurangan besar dalam jumlah banduan yang dijangkiti Covid-19.

“Sebanyak 77 banduan dilaporkan dijangkiti Covid-19 pada hari ini berbanding 1,973 kes dicatatkan semalam,” kata kementerian.

Tambahnya, sebanyak 2,153 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan dalam kalangan orang awam, lebih rendah berbanding 3,532 kes semalam.

Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 3,390 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.

Setakat ini, Thailand melaporkan lebih 162,000 kes jangkitan sejak pandemik Covid-19 bermula tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya