BAITULMUQADDIS: Kementerian Kesihatan Israel mengesyorkan golongan remaja berusia 12 hingga 15 tahun untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19.
Ia berikutan terdapat peningkatan kes kematian akibat Covid-19 dalam kalangan golongan muda itu sejak beberapa hari lalu.
Lapor Xinhua, pertambahan kes kematian itu dilaporkan terutamanya di sekolah di pusat bandar Modi’in-Maccabim-Re’ut dan di pekan Binyamina disebabkan beberapa varian Covid-19.
Kementerian Kesihatan memaklumkan kesan sampingan akibat pengambilan vaksin Covid-19 adalah jarang dan tidak serius.
Pada awal bulan ini, Israel mula memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 15 tahun namun sehingga kini tiada gesaan dibuat terhadap kumpulan individu ini.
Setakat ini, Israel sudah memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada kira-kira 5.5 juta penduduk. – AGENSI