BEIJING: China melaporkan sebanyak 24 kes Covid-19 baharu di ibu negaranya pada hari ini.
Pihak berkuasa kesihatan China memaklumkan, jumlah itu melebihi satu kes berbanding 23 kes jangkitan baharu yang direkodkan sehari sebelumnya.
Suruhanjaya Kesihatan Nasional menerusi kenyataan menjelaskan jumlah itu melibatkan 14 kes import dan 10 kes tempatan.
Menurut kenyataan itu, sebanyak 10 kes tempatan dikesan di wilayah selatan Guangdong.
“Daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kes dikenal pasti di ibu negara Guangzhou dan tiga di bandar Foshan,” jelas kenyataan itu.
Bagaimanapun, setakat ini, tiada kes kematian baharu dilaporkan. – REUTERS