BEIJING: China dilaporkan sudah memberi lebih satu bilion dos vaksin Covid-19 kepada penduduknya, iaitu melebihi satu per tiga daripada jumlah vaksin yang diberikan di seluruh dunia.
Perkara itu diumumkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China selepas jumlah dos vaksin yang diberikan kepada populasi dunia melepasi 2.5 bilion pada Jumaat lalu.
Namun, tidak dapat dipastikan berapa peratus penduduk negara ini sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.
Pihak berkuasa China menyasarkan untuk melengkapkan dos suntikan vaksin terhadap kira-kira 40 peratus daripada hampir 1.4 bilion penduduk menjelang akhir bulan ini.
Terdapat beberapa wilayah memberikan vaksin secara percuma untuk menggalakkan penduduk terlibat dalam program vaksinasi, malah ada yang diberi bekalan makanan termasuk telur secara percuma.
Sementara itu, China merekodkan sebanyak 23 kes baharu hari ini. – AFP